RAFAH: Perdana Menteri Sepanyol Pedro Sanchez, menyatakan bahawa gencatan senjata semasa di Gaza tidak mencukupi, serta menekankan keperluan untuk gencatan senjata yang bersifat kekal.

Sanchez yang dalam lawatan ke sempadan Rafah di Mesir turut menyeru pembebasan semua tebusan.

"Gencatan senjata ini bagus. Ia satu langkah ke hadapan yang baik, tetapi ia tidak mencukupi.

"Saya fikir majoriti besar masyarakat antarabangsa bersetuju bahawa kita perlu menambah gencatan senjata kekal, gencatan senjata kemanusiaan," katanya.

Pada masa, Sanchez mengutuk serangan Israel dalam beberapa siri operasi ketenteraan daratnya di Gaza.

Jelansnya, meskipun Israel berperanan untuk melindungi wilayahnya, namun korban dalam kalangan orang awam di Palestin bukanlah satu alasan yang kukuh.

Sementara itu, Sanchez berkata sudah tiba masanya untuk Kesatuan Eropah (EU) mengiktiraf Palestin sebagai sebuah negara.

Katanya lagi, jika EU tidak bertindak sedemikian, maka Sepanyol tidak teragak-agak untuk mengiktiraf kedaulatan Palestin.

Pada Jumaat, gencatan senjata sementara seperti yang dipersetujui kedua-dua pihak dirunding oleh Qatar telah membebaskan 63 tebusan secara keseluruhan sejak serangan tercetus pada 7 Oktober lalu.